Malaysia

Pesta Pongal di Kuil Sri Maha Mariamman disambut penuh tradisi dan warna-warni

Hari pertama Pesta Pongal yang diraikan pada Khamis tidak kira di kuil mahupun rumah masing-masing berlangsung meriah dan penuh tradisi.

Kuil Sri Maha Mariamman yang terletak di ibu kota antaranya menjadi lokasi tumpuan buat masyarakat India di Malaysia berkumpul seawal jam 10 pagi sebagai menyatakan rasa syukur atas hasil tuaian.

Pengerusi dan Pemegang Amanah Jawatankuasa Kuil Sri Mahamariamman Devasthanam, Tan Sri R Nadarajah dalam ucapannya berkata, sambutan Pongal bukan sahaja mencerminkan rasa syukur, malah ia melambangkan perpaduan dan kehidupan lebih makmur.

Berdasarkan tinjauan, kira-kira 100 orang memeriahkan suasana di kuil tertua di Kuala Lumpur itu dengan beberapa aktiviti diadakan antaranya memasak hidangan tradisional digelar Pongal sendiri yang merupakan nasi manis yang diperbuat menggunakan nasi baru dituai, susu dan gula merah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker