Malaysia

Polis siasat ucapan wanita semasa Himpunan Solidariti Zara Qairina di Sabah

Polis sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai mengeluarkan ucapan berbaur hasutan ketika Himpunan Solidarity Justice For Zara di Tawau.

Tindakan itu mencetuskan siasatan selepas tiga laporan polis dibuat berhubung perhimpunan berkenaan.

Menurut pihak berkuasa, wanita terbabit dikenal pasti sebagai salah seorang individu yang berucap dan kes disiasat di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat namun usaha mengesan suspek dan saksi lain sedang giat dijalankan.

Himpunan solidariti untuk Zara yang dianjurkan serentak di Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau mencuri tumpuan apabila menarik puluhan ribu peserta, sehingga menenggelamkan acara rasmi kerajaan negeri termasuk perarakan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah.

Di Kota Kinabalu, kesesakan luar biasa berlaku selama berjam-jam apabila orang ramai membanjiri kawasan Kompleks Sukan Likas untuk menyertai himpunan Justice for Zara 2.0.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker