Dunia

Portugal iktiraf Palestin sebagai negara rasmi pada Ahad, UK, Perancis dan Kanada bakal susuli

Portugal bakal mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara secara rasmi pada Ahad ini, satu langkah yang diumumkan Kementerian Luar menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

Keputusan itu dijangka disertai oleh sekurang-kurangnya 10 negara lain yang akan mengumumkan pendirian sama dalam masa terdekat.

Antara negara yang dijangka menyusul termasuk Britain, Kanada dan Perancis, sekaligus memberi tekanan diplomatik lebih besar terhadap Israel.

Lisbon sebelum ini sudah menyatakan hasrat sejak Julai lalu, memandangkan konflik di Palestin semakin membimbangkan dan tidak menunjukkan tanda reda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker