Malaysia

Program Pembentukan Karakter sebagai kurikulum sekolah bermula 2027

Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan Program Pembentukan Karakter sebagai komponen utama dalam kurikulum persekolahan 2027 bagi mengukuhkan sahsiah, adab dan rasa tanggungjawab dalam kalangan murid.

Di peringkat prasekolah, penerapan nilai akan berlangsung melalui aktiviti harian, manakala sekolah rendah dan menengah diperuntukkan satu jam seminggu khusus untuk aktiviti berkaitan pembangunan karakter.

Program ini memberi penekanan kepada penghayatan nilai murni, tingkah laku positif serta penerapan adab dalam situasi kehidupan seharian sebagai usaha melahirkan generasi yang seimbang dari segi akademik dan jati diri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker