Projek bina sempadan bernilai berbilion ringgit disokong Thailand

Thailand menyatakan sokongan penuh terhadap rancangan Malaysia membina tembok keselamatan bernilai RM1.5 bilion di sepanjang sempadan Kelantan–Thailand, dengan pihak berkuasa negara itu melihatnya sebagai langkah paling berkesan mengekang jenayah rentas negara.
Ketua Polis Wilayah Narathiwat, menegaskan bahawa tembok berkenaan mampu mengurangkan risiko penyeludupan senjata, dadah, barangan kawalan serta pergerakan haram yang sekian lama menjadi cabaran utama di kawasan bersempadan.
Thailand juga yakin struktur fizikal itu akan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan kedua-dua negara dalam mengecam dan menyekat aktiviti keluar masuk tidak sah.
Thailand dan Malaysia juga akan memperkukuh operasi bersama melalui mesyuarat berkala bagi memastikan pembinaan tembok serta pengurusannya tidak menjejaskan hubungan masyarakat setempat, selain terus memperkuat keselamatan serantau.
Pada Oktober lalu, kerajaan Malaysia meluluskan peruntukan RM1.5 bilion untuk pembinaan tembok keselamatan dari Tumpat hingga Tanah Merah, selari dengan usaha mengatasi jenayah rentas sempadan secara lebih menyeluruh.




