Malaysia

Majikan wajib beri cuti ganti Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan

Majikan sektor swasta diwajibkan memberikan cuti ganti kepada pekerja bersempena Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari 2026, selaras dengan pewartaan cuti umum oleh Kerajaan Persekutuan.

Bagi majikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, cuti Hari Wilayah Persekutuan adalah cuti wajib dan tidak boleh diganti.

Namun, memandangkan 1 Februari 2026 jatuh pada hari Ahad, majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan perlu memberikan cuti ganti pada hari bekerja berikutnya, iaitu Isnin.

Dalam masa sama, majikan yang memilih Hari Thaipusam sebagai antara enam hari kelepasan am pilihan di bawah Akta Kerja 1955 juga perlu memberi cuti ganti pada hari bekerja seterusnya, iaitu Selasa, susulan pertindihan kedua-dua cuti tersebut.

Majikan turut dibenarkan menggantikan cuti itu dengan hari lain yang dipersetujui pekerja.

Pekerja yang diarahkan bekerja pada hari kelepasan am pula berhak menerima bayaran gaji mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker