Malaysia

Puluhan CCTV Israel diceroboh penggodam Iran sejak konflik memuncak

Penggodam yang dikaitkan dengan Iran didakwa menceroboh puluhan kamera keselamatan (CCTV) di Israel bagi tujuan pengintipan sejak konflik di Asia Barat semakin memuncak.

Pencerobohan itu dikesan dalam sistem kamera pengawasan sehingga mendorong Direktorat Keselamatan Siber Israel mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya menukar kata laluan dan mengemas kini perisian peranti masing-masing.

Firma keselamatan siber Israel, Check Point Software Technologies memaklumkan aktiviti penggodaman meningkat selepas serangan Amerika Syarikat–Israel pada 28 Februari lalu.

Akses kepada kamera pengawasan itu dipercayai digunakan untuk menilai kesan serangan selain mengumpul maklumat berkaitan lokasi atau individu yang menjadi sasaran.

Penggodam terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan struktur keselamatan Iran termasuk Pengawal Revolusi Islam (IRGC).

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker