Malaysia

Rakyat Malaysia habis purata 8 jam atas talian sehari

Rakyat Malaysia menghabiskan purata lapan jam sehari melayari platform digital, antara tertinggi di Asia Tenggara.

Namun, aktiviti dalam talian yang semakin meningkat turut menyumbang kepada lebih 15,000 aduan berkaitan kandungan berbahaya, berita palsu dan jenayah siber tahun lalu.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, bagi menangani risiko ini, kerajaan sedang merangka dasar dan undang-undang baharu termasuk penambahbaikan Akta Anti Berita Palsu.

Selain itu, garis panduan etika untuk pempengaruh serta kerangka penggunaan kecerdasan buatan dalam media agar teknologi dimanfaatkan secara selamat dan bertanggungjawab.

Dalam masa sama, peranan belia dalam literasi media, advokasi dan perubahan sosial perlu diperkukuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker