Dunia

Rakyat Malaysia terbabit skandal Bitcoin 5.5 bilion pound di UK

Mahkamah di London diberitahu pihak berkuasa United Kingdom (UK) sedang berusaha mendapatkan semula £16.2 juta (RM91.7 juta) daripada seorang lelaki warga Malaysia, Hok Seng Ling, 47, yang mengaku bersalah melakukan pengubahan wang haram.

Laporan AFP memberitahu, Ling yang menetap di Derbyshire, tengah England, mengaku salah dan didakwa terbabit dalam urus niaga mata wang kripto bagi pihak ahli perniagaan warga China, Zhimin Qian, 47 yang juga dikenali sebagai Yadi Zhang, iaitu dalang skim penipuan Bitcoin berbilion Pound.

Qian sebelum ini mengaku memperoleh serta memiliki harta jenayah dalam bentuk kripto hasil penipuan melibatkan lebih 128,000 mangsa di China antara 2014 hingga 2017.

Beliau menyimpan dana haram itu dalam Bitcoin bernilai kira-kira £5.5 bilion (RM28.9 bilion), dipercayai rampasan mata wang kripto tunggal terbesar dunia, sebelum melarikan diri ke UK dan cuba membersihkan wang berkenaan dengan membeli hartanah.

Ling dan Qian akan dijatuhkan hukuman pada perbicaraan dua hari bermula 10 hingga 11 November depan, sementara prosiding pelucuthakan aset bernilai jutaan Pound sedang dijalankan. Kedua-duanya kekal ditahan sehingga tarikh hukuman.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker