Uncategorized

Menggamit kenangan, koleksi foto MyKad sekeluarga kini boleh ditempah di JPN 

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memperkenalkan inisiatif “Foto Kenangan Terindah”, iaitu koleksi gambar MyKad seisi keluarga yang diabadikan dalam satu bingkai khas bersempena Hari Pendaftaran Negara 2025.

Keluaran eksklusif ini bukan dokumen rasmi sebaliknya ditawarkan sebagai simpanan peribadi, kenangan sentimental atau hadiah istimewa.

Ia hanya boleh ditempah sekali setahun, menjadikan edisi kali ini antara yang paling ditunggu-tunggu.

Permohonan dibuka mulai 1 hingga 31 Oktober 2025 di semua cawangan JPN terpilih di seluruh negara.

Inisiatif ini memberi peluang orang ramai menyimpan koleksi gambar unik MyKad mereka, termasuk seisi keluarga, dalam bentuk bingkai kenangan yang eksklusif.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker