Uncategorized
Diserang sakit jantung, lelaki maut sebelum terjatuh dalam lubang 2M

Seorang lelaki maut selepas dipercayai mengalami serangan jantung sebelum terjatuh ke dalam lubang sedalam kira-kira dua meter ketika kerja memasang tangki kumbahan di Kubang Kerian, Kelantan, semalam.
Mangsa, Zakari Mat Jusoh, 48 ditemukan tidak sedarkan diri di dalam lubang oleh rakan sekerja sebelum dibawa naik. Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Menurut keluarganya, Zakari sebelum ini pernah menerima rawatan di hospital akibat serangan jantung dan baru sahaja pulang ke rumah.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tindakan lanjut.




