Malaysia
Kebakaran hutan Indonesia makin serius, Malaysia tampil tawar bantuan

Malaysia menawarkan bantuan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang sedang berlaku di beberapa kawasan negara itu.
Tawaran berkenaan disampaikan melalui surat yang dihantar Malaysia kepada kerajaan Indonesia, susulan kebakaran yang semakin serius terutama di Pulau Sumatera dan Kalimantan.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, berkata bantuan yang ditawarkan merangkumi keupayaan pemadaman kebakaran bagi membantu Indonesia mengawal kebakaran yang berlaku.
Kebakaran hutan dan tanah di Indonesia turut menyebabkan jerebu yang menjejaskan kualiti udara di beberapa kawasan, termasuk Malaysia. Situasi itu semakin membimbangkan berikutan cuaca kering yang melanda rantau ini.



