Malaysia

Semalam Saravanan tegur, hari ini khemah bazar Deepavali di Brickfields benar-benar roboh

Amaran Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan mengenai struktur khemah bazar Deepavali di Little India, Brickfields yang didakwa rapuh terbukti pagi ini apabila beberapa khemah runtuh akibat hujan dan angin kencang.

Kejadian itu menyebabkan khemah berselerak di jalan utama kawasan berkenaan sebelum pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tiba untuk mengawal trafik dan cuba menegakkan semula struktur tersebut.

Semalam, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah menegaskan khemah kecil dan sempit itu tidak sesuai didirikan di kawasan sibuk serta berisiko tinggi ketika musim hujan.

Beliau turut merayu campur tangan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Sharif.

Saravanan mempersoalkan bayaran deposit RM2,500 yang dikenakan kepada peniaga untuk khemah berkenaan, mendakwa wang itu tidak dipulangkan oleh DBKL meskipun persatuan peniaga sudah melunaskannya sejak tiga tahun lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker