Malaysia
“Rakyat tak tahu nak undi siapa” – Rafizi tubuh parti baharu selepas Jun?

Bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memberi bayangan bahawa beliau dan sekutunya mungkin membawa haluan politik baharu selepas Jun, termasuk kemungkinan menubuhkan parti sendiri.
Dalam temu bual bersama BFM, Ahli Parlimen Pandan itu memaklumkan perbincangan sedang dibuat bagi menawarkan “pilihan” baharu kepada pengundi, khususnya golongan muda yang kecewa dengan perkembangan politik semasa.
Bentuk dan konfigurasi politik tersebut dijangka diumumkan dalam beberapa bulan lagi.
Minggu lalu, beliau memberi gambaran akan mempertahankan kerusi Pandan, namun berkemungkinan bukan atas tiket PKR.
Beliau juga menolak kemungkinan menyertai parti sedia ada atau bekerjasama dengan bekas pemimpin Umno, Khairy Jamaluddin.




