Remaja 15 tahun tawar ‘servis seks percuma’ pelanggan pertama di Telegram

Polis Kelantan mengesahkan sedang menyiasat laporan mengenai seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dikesan menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi Telegram.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusuff Mamat, mengesahkan bahawa perkhidmatan itu memang berlaku dan kes tersebut telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan remaja tersebut masih di bawah umur.
Beliau turut menyatakan polis akan menyiasat motif remaja itu berbuat demikian, termasuk kemungkinan faktor kesusahan atau kekecewaan selepas didakwa pernah menjadi mangsa rogol.
Laporan polis dibuat oleh seorang ibu tunggal berusia 43 tahun di Balai Polis Pasir Puteh, mendakwa mengesyaki anak perempuannya yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik itu menawarkan perkhidmatan seks di Telegram.
Difahamkan, remaja itu menawarkan perkhidmatan secara percuma untuk pelanggan pertama, sebelum mengenakan bayaran untuk kali kedua dan seterusnya.
Polis kini dalam proses mengambil keterangan daripada ibu bapa remaja berkenaan untuk siasatan lanjut.




