Malaysia

Harga RON95 tanpa subsidi RM2.60 seliter untuk Oktober 

Kerajaan menetapkan harga runcit RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada RM2.60 seliter untuk Oktober.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan media, rakyat dapat menikmati manfaat subsidi sebanyak RM0.61 seliter dengan pelaksanaan Budi Madani RON95 (BUDI95).

Justeru, berdasarkan had kelayakan 300 liter, manfaat subsidi tersebut dapat mencecah RM183 sebulan bagi setiap individu.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON95 dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

Berdasarkan penetapan harga mingguan, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.21 seliter dan harga diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.93 seliter.

Sementara harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter bagi tempoh 30 September hingga 8 Oktober.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker