Remaja ceroboh masuk rumah terbiar, keluar sebagai ‘jutawan baharu’

Sekumpulan remaja di Okinawa, Jepun, yang pada mulanya sekadar menguji keberanian dengan menceroboh sebuah rumah terbiar, akhirnya menemui timbunan wang tunai bernilai lebih RM2.9 juta.
Rumah itu telah dibiarkan kosong lebih 20 tahun dan dipenuhi semak. Ketika menyelinap masuk, mereka menemui wang lama 10,000 yen yang dianggarkan mencecah 100 juta yen.
Sebahagian besar wang dikatakan dibelanjakan untuk hiburan, pembelian motosikal dan malah dadah jenis etomidate yang popular dalam produk Kpods sehinggakan perubahan gaya hidup mereka dihidu orang sekeliling.
Pihak berkuasa kini menutup kawasan rumah berkenaan dan menjalankan siasatan lanjut, termasuk mengenal pasti pemilik tanah yang berkongsi hak milik ke atas tapak tersebut.
Ahli keluarga pemilik tanah tidak memarahi remaja terlibat, namun pesalah dituntut siasatan penuh dan tindakan undang-undang kerana jumlah wang yang begitu besar menimbulkan persoalan tentang asal-usulnya.




