Malaysia
Ribut dan pokok tumbang sebabkan KTM Komuter alami kelewatan pagi Selasa

KTM Komuter alami kelewatan ekoran pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang di ibu kota petang semalam.
Insiden berlaku di laluan Salak Selatan–Pelabuhan Klang (antara Mid Valley dan Abdullah Hukum) serta Simpang Batu (antara Sentul dan Segambut) sehingga menyebabkan bekalan kuasa 25kV terputus pada jam 4.24 petang.
Kerja pembersihan dan baik pulih berjaya disiapkan sekitar 8 malam, namun kesan rantaian menyebabkan kelewatan berlarutan hari ini.
Kelewatan perkhidmatan KTM Komuter direkodkan antara 32 hingga 69 minit di beberapa stesen termasuk Subang Jaya, Sungai Buloh, Kepong, Pantai Dalam, Kajang dan Bank Negara.
Sementara itu, operasi ETS kembali berjalan dengan kelewatan terkawal.




