Malaysia

Pas ajak rakyat kukuh perpaduan dalam ucapan Tahun Baharu Cina

Pas mengajak rakyat memperkukuh perpaduan dan memilih jalan kesederhanaan, kesabaran serta kebijaksanaan dalam membina masa depan negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perayaan itu menjadi ruang mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memperkukuh semangat persaudaraan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Beliau menegaskan keharmonian dalam negara perlu dibina atas asas saling menghormati, persefahaman dan keadilan, bukan keseragaman.

Takiyuddin turut menyeru rakyat memperbaharui tekad untuk mengekalkan ketertiban dan kesopanan demi Malaysia yang lebih makmur dan harmoni, selain mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker