Malaysia

RM2 bilion diumum PM untuk Sabah, fokus peningkatan sistem telekomunikasi – MCMC

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan bahawa lebih RM2 bilion peruntukan untuk Sabah yang diumumkan Perdana Menteri akan menumpukan kepada perluasan liputan digital, peningkatan infrastruktur telekomunikasi dan pembangunan bandar pintar di negeri itu.

Antara komponen utama ialah projek Bandar Raya Pintar Kota Kinabalu bernilai lebih RM300 juta, melibatkan rangkaian gentian optik, Wi-Fi awam, smart poles berintegrasi 4G/5G serta sistem CCTV pintar yang disambungkan ke pusat operasi bandar.

Bagi meluaskan liputan di seluruh negeri, pelaksanaan JENDELA 2 akan menambah 800 lokasi baharu di kawasan pedalaman dan pulau dengan anggaran kos RM1.4 bilion, yang dijangka memberi manfaat kepada 3.7 juta penduduk serta mencapai liputan penuh di kawasan berpenghuni.

Setakat September 2025, 131 Pusat NADI sudah beroperasi di Sabah dengan kos operasi lima tahun sekitar RM210 juta, menyediakan akses internet, latihan kemahiran dan program literasi digital kepada komuniti termasuk di pedalaman.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker