Malaysia

Serian catat IPU 495, hampir paras darurat

Serian, Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya iaitu 495 setakat jam 7 pagi, 4 September, sekali gus menghampiri paras maksimum 500.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai bahaya, manakala bacaan 201 hingga 300 pula berada pada tahap sangat tidak sihat.

Selain Serian, Kuching merekodkan IPU 289, Samarahan 265 dan Sri Aman 250, semuanya pada tahap sangat tidak sihat. Beberapa kawasan lain di Sarawak serta dua lokasi di Sabah turut mencatat bacaan tidak sihat.

Sebelum ini, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata kerajaan negeri bersedia mengisytiharkan darurat sekiranya pencemaran udara akibat jerebu mencapai tahap kritikal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker