Malaysia

Siap pergi tandas, kena bayar RM60 melenting pula? Netizen kecam tindakan buat sesak di KLIA

Seorang pengguna Threads dikecam selepas memuat naik bayaran caj menunggu di KLIA, mendakwa dikenakan sekitar RM60 ketika menunggu untuk mengambil ahli keluarga di hadapan Pintu 3.

Kelewatan berlaku apabila pasangannya meninggalkan kenderaan untuk ke tandas tanpa memaklumkan, menyebabkan tempoh menunggu melebihi 25 minit sebelum kenderaan terpaksa keluar dan berpusing semula.

Perkongsian itu mengundang kecaman netizen yang menegaskan caj berkenaan wajar kerana had masa menunggu telah dilanggar.

Ramai berpendapat sikap tidak bertanggungjawab seperti menunggu terlalu lama dan meninggalkan kenderaan menjadi punca kesesakan di kawasan ambil penumpang KLIA.

Sebagai rekod, pihak KLIA sebelum ini memaklumkan 95 peratus pengguna kini mematuhi had menunggu 10 minit selepas pelaksanaan Sistem Pengurusan Akses Kenderaan di Terminal 1, sekali gus membantu melancarkan aliran trafik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker