Malaysia
Situasi banjir memburuk, Anwar bakal ke Sabah esok

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Sabah esok bagi meninjau situasi banjir di negeri itu yang dilaporkan bertambah buruk.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau merasmikan Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN ke-46 (AIPA GA) di ibu kota, pada Khamis.
Jumlah mangsa terjejas banjir dan tanah runtuh di negeri ini terus merekodkan peningkatan kepada 3,134 orang melibatkan 905 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.
Jumlah itu meningkat 25 orang berbanding 3,109 orang yang direkodkan pada jam 8 malam pada Rabu.




