Malaysia
Steven Sim gesa demonstrasi di kuil Hindu hadapan Hospital Bukit Mertajam dibatalkan

Steven Sim Chee Keong menggesa penganjur membatalkan demonstrasi Ops Terjah di kuil Hindu di hadapan Hospital Bukit Mertajam, Sabtu ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu meminta pihak polis mengambil tindakan tegas dan memastikan tiada sebarang perhimpunan diadakan kerana bimbang ia boleh mencetuskan ketegangan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu menegaskan demonstrasi berunsur provokasi tidak membantu menyelesaikan isu, sebaliknya berisiko mengganggu keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.
Steven Sim juga menyatakan komitmennya untuk mempertahankan hak semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum serta tidak akan membiarkan mana-mana pihak diugut atau dibuli.




