Malaysia

Suasana suram, pilu selubungi upacara penghormatan terakhir Tishant

Upacara penghormatan terakhir kanak-kanak lelaki enam tahun, Tishant yang ditemukan meninggal dunia di kawasan Rompin di Jempol diselubungi suasana pilu dan sedih.

Kira-kira 100 orang kenalan rapat dan saudara-mara hadir ke upacara yang bermula jam 9 pagi itu yang berlangsung di Bandar Seri Alam, Masai, Pasir Gudang.

Jasad mendiang dibawa dari kediaman berkenaan ke krematorium di Jalan Kebun Teh bertolak pada jam 10. 42 pagi, dengan diiringi kira-kira 10 kenderaan lain sebelum bermulanya upacara pembakaran mayat pada sebelah tengah hari.

Pemergian Tishant menjadi perhatian ramai apabila mayatnya ditemui ditanam di kawasan belukar selepas bapannya sendiri membuat laporan atas kehilangannya pada 24 Julai lepas.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dengan tekanan pada leher, dengan bedah siasat mendapati dia maut akibat jerutan menggunakan pengikat kabel.

Bapa kandung mangsa yang berusia 36 tahun ditahan dan kini direman polis bagi membantu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker