Malaysia

Bekas Pengerusi Kuil Batu Caves imbau lawatan Diraja Selangor, harap perpaduan terus kukuh

Menjelang sambutan Thaipusam, kenangan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves, SP Narayanasamy, mengimbau satu era apabila hubungan antara kaum dan agama dilihat begitu akrab serta semula jadi.

Beliau yang kini memasuki usia 91 tahun, menceritakan lawatan Sultan Selangor ketika itu, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1971 ke Batu Caves.

Baginda, yang pada asalnya dijadual merasmikan sebuah kilang batik, menukar rancangan dan singgah ke kuil terlebih dahulu. Ketibaan baginda dan Tengku Ampuan Rahimah disambut ribuan pengunjung termasuk pelajar sekolah.

Lawatan itu katanya berlangsung hampir dua jam, diakhiri jamuan yang disediakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat.

Apa yang paling diingatinya ialah pendirian baginda yang melihat dirinya bukan hanya pemimpin umat Islam, tetapi juga bertanggungjawab terhadap penganut agama lain di negeri itu.

Mengulas tentang semangat perpaduan sesama kaum hari ini, beliau menyifatkan bahawa ia tidak setaraf dengan pembangunan yang semakin pesat dan ekonomi yang semakin hebat.

Narayanasamy menyokong usaha kerajaan memupuk semula perpaduan melalui program muhibah, namun menegaskan ia perlu bermula dari bangku sekolah supaya nilai hormat dan kefahaman antara agama serta kaum dapat dibentuk sejak kecil.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker