Malaysia
Sudah setahun sahaja belia sekarang hendak tukar kerja

Pekerja muda di Malaysia cenderung menukar pekerjaan dalam tempoh sekitar 18 bulan selepas memulakan kerja baharu, menurut Malaysian Employers Federation (MEF).
Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, berkata sebahagian besar golongan muda merancang untuk meletak jawatan dalam tempoh setahun, mencerminkan trend pertukaran kerja yang tinggi dalam kalangan Gen Z dan milenial.
Beliau menasihatkan belia agar menilai peluang pembelajaran, bukan hanya kenaikan gaji, ketika mempertimbangkan pertukaran kerja, selain melabur dalam peningkatan kemahiran berterusan termasuk kemahiran digital, teknikal dan insaniah.




