Malaysia

Tak sampai 60% graduan bekerja ikut bidang pengajian

Kurang daripada 60 peratus lepasan ijazah dan diploma bekerja dalam bidang selaras dengan pengajian masing-masing walaupun menunjukkan peningkatan sejak 2021.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, pada 2024, hanya 57.6 peratus graduan ijazah pertama dan 53.3 peratus lepasan diploma bekerja mengikut bidang, naik berbanding 54.3 peratus dan 43.8 peratus pada 2021.

Dari segi pekerjaan mahir, peratusan graduan ijazah meningkat kepada 68.2 peratus manakala diploma kepada 50 peratus.

Dalam masa sama, penglibatan graduan dalam pekerjaan separa mahir dan berkemahiran rendah menurun kepada 50 peratus pada 2024 berbanding 55.3 peratus pada 2021.

Trend itu menunjukkan peluang pekerjaan mahir semakin bertambah, namun majoriti graduan masih belum bekerja sepenuhnya dalam bidang pengajian mereka.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker