Dunia
Thailand sah bubar parlimen hari ini

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul mengumumkan pembubaran Parlimen menerusi Warta Diraja sebagai langkah membuka laluan kepada pilihan raya umum baharu.
Dekri itu diperkenankan Raja Maha Vajiralongkorn.
Pembubaran dilakukan lebih awal daripada dijangka, ketika Thailand berdepan ketegangan baharu di sempadan dengan Kemboja yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan menjejaskan ratusan ribu penduduk.
Menurut Warta Diraja, kerajaan minoriti pimpinan Anutin berdepan tekanan politik domestik yang menjejaskan kelangsungan pentadbiran.
Dengan pembubaran ini, Thailand perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 45 hingga 60 hari.




