Tiada lagi Jetstar Asia di ruangan udara bermula hari ini

Penerbangan terakhir Jetstar Asia dari Lapangan Terbang Changi ke Kuala Lumpur pada Khamis disambut dengan suasana penuh emosi apabila kakitangan dan orang ramai mengiringi pemergian pesawat itu dengan tangisan dan sorakan.
Detik bersejarah itu menandakan berakhirnya operasi syarikat penerbangan tambang rendah berpangkalan di Singapura itu selepas lebih 20 tahun berkhidmat di bawah Qantas Group.
Penerbangan 3K685 yang berlepas pada 2.55 petang menjadi simbol perpisahan buat ratusan kru kabin dan kakitangan darat, ramai antara mereka hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.
Lebih 500 kakitangan terjejas susulan penutupan ini, namun menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jetstar Asia, John Simeone, lebih separuh daripada mereka telah menerima tawaran kerja atau sekurang-kurangnya dipanggil temu duga.
Walaupun operasi Jetstar Asia berakhir, syarikat sekutunya seperti Jetstar Airways dan Jetstar Japan akan terus beroperasi.




