Malaysia
Timbalan CEO SSM mengaku tidak bersalah terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainuddin

Seorang timbalan ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Khuzairi Yahaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima wang tunai RM50,000 pada 2018.
Tertuduh didakwa menerima wang daripada Faisal Hamzah walaupun mengetahui individu itu mempunyai urusan rasmi dengannya sebagai penjawat awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah. Pengurusan kes ditetapkan pada 20 April.




