Malaysia

Kanak-kanak perempuan diserang lelaki tidak dikenali ketika jalan kaki ke pasar malam di Rawang

Tiga beradik berdepan detik mencemaskan apabila diserang individu tidak dikenali ketika berjalan kaki ke pasar malam di kawasan perumahan Taman Bakawali, Bukit Sentosa 3, Rawang, petang semalam.

Kejadian sekitar jam 6.50 petang itu berlaku ketika seorang kanak-kanak perempuan keluar bersama dua abangnya menuju pasar malam kira-kira 500 meter dari rumah.

Kanak-kanak terbabit dipercayai dikejar sebelum ditarik masuk ke sebuah rumah berhampiran oleh suspek.

Abang mangsa cuba menyelamatkan adiknya, namun suspek bertindak ganas dengan memijak, menendang dan mencekik mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.

Jeritan mangsa menarik perhatian jiran dan orang awam yang segera membantu sebelum kanak-kanak itu berjaya diselamatkan.

Mangsa kini dilaporkan selamat, namun ketiga-tiga beradik tersebut mengalami trauma akibat kejadian berkenaan.

Ini juga difahamkan kali pertama mereka keluar tanpa pengawasan ibu bapa kerana masalah kesihatan keluarga.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker