Malaysia

Gangguan lucah terhadap pelajar Tingkatan 1 punca lelaki dipukul depan sekolah – Polis

Tindakan lucah melampau oleh seorang pelajar lelaki terhadap pelajar perempuan dipercayai menjadi punca pergaduhan di hadapan sebuah sekolah di Larkin, Johor Bahru, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat, kejadian sekitar 2.30 petang itu membabitkan dua pelajar lelaki berusia 17 tahun dan abang kepada salah seorang mereka berusia 20 tahun.

Polis menerima laporan pada 7.13 malam daripada individu yang mendakwa dipukul dua suspek.

Siasatan awal mendapati insiden itu berkait gangguan lucah terhadap pelajar perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan berlaku sekitar 2 petang Rabu lalu. Mangsa membuat laporan polis pada 5.43 petang semalam.

Kes pergaduhan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, manakala kes gangguan lucah di bawah Seksyen 509 kanun sama.

Orang ramai diminta tidak menyebarkan video kejadian bagi mengelakkan salah faham dan diminta menyalurkan maklumat kepada IPD Johor Bahru Selatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker