Malaysia
KJ kembali sertai UMNO, Hishammuddin tamat penggantungan

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, rasmi diterima semula sebagai ahli UMNO selepas permohonannya diluluskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada Jumaat.
Pada masa sama, penggantungan bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein, yang sebelum ini digantung selama enam tahun turut ditarik balik.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu dibuat bersama penerimaan semula bekas menteri persekutuan, Syed Hamid Albar, serta 6,252 ahli lain yang memohon untuk kembali menyertai parti.
Namun Khairy menyatakan hasrat untuk kembali sebagai ahli biasa dan tidak mengejar sebarang jawatan dalam parti.



