Malaysia

SPRM umum pelantikan baharu, Datuk Mohd Hafaz Nazar dan Datuk Karunanithy

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan pelantikan dan kenaikan pangkat melibatkan dua pegawai kanan berkuat kuasa pada 17 April.

Datuk Mohd Hafaz Nazar dilantik sebagai Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM selepas sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Datuk Karunanithy a/l Y. Subbiah pula dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia selepas berkhidmat sebagai Pengarah SPRM Pulau Pinang.

Menurut kenyataan rasmi SPRM, pelantikan ini menjadi pengiktirafan terhadap dedikasi, prestasi cemerlang dan komitmen kedua-dua pegawai dalam memperkukuh tadbir urus berintegriti serta kecekapan organisasi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker