Malaysia
Netizen puji sikap baik mekanik, tak berkira bantu pelanggan

Dalam satu video TikTok yang tular, seorang mekanik dengan nama pengguna “minyakhitamjalanan” berkongsi bahawa dia dipanggil sekitar jam 12.30 malam untuk membaiki motosikal seorang lelaki warga China yang rosak di tepi jalan selepas rantainya putus dan sproket hadapan hilang.
Walaupun situasi mencabar, mekanik tersebut tetap meneruskan kerja dan membantu tanpa berkira.
Paling mendapat perhatian, mekanik itu dikatakan tidak terlalu memikirkan soal bayaran penuh dan lebih fokus untuk memastikan kenderaan dapat digunakan semula.
Video berkenaan kemudian mendapat pelbagai reaksi positif di media sosial, dengan ramai netizen memuji sikap baik mekanik tersebut.




