Trump mahu AS jadi seperti Malaysia, hasilkan model kereta kecil seperti Myvi, Axia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi menarik perhatian rakyat Malaysia apabila disebut sebagai antara negara yang terkenal dengan kereta kompak ketika membentangkan dasar baharu ekonomi bahan api negaranya.
Dalam siaran langsung itu, Trump mengumumkan pelonggaran piawaian penggunaan bahan api yang sebelum ini memberi tekanan kepada pengeluar untuk menghasilkan kenderaan elektrik.
Beliau berkata Amerika Syarikat kini mempertimbangkan untuk membenarkan pengeluaran kereta kompak seperti yang biasa dilihat di Malaysia, Jepun dan Korea Selatan.
Trump menyifatkan kereta kompak di negara-negara Asia yang saiznya kecil seperti Volkswagen Beetle suatu ketika dahulu sebagai menarik dan praktikal.
Beliau juga menegaskan bahawa telah mengarahkan kelulusan segera bagi membolehkan model seumpamanya dihasilkan di pasaran AS.




