Malaysia

Trump sah hadiri Sidang Kemuncak ASEAN, kadar tarif akan diumum esok – Anwar  

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN pada bulan Oktober ini, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu semasa panggilan telefon bersama Trump pagi tadi.

Sebelum ini, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio memberi bayangan kemungkinan Trump akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober.

Anwar turut memaklumkan bahawa kadar tarif baharu untuk Malaysia akan diumumkan esok.

“Insya-Allah, ia tidak akan membebankan ekonomi negara,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 di Dewan Rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker