Dunia
Tujuh ekor gajah mati serentak dirempuh kereta api

Tujuh gajah liar mati selepas dirempuh sebuah kereta api penumpang di Assam, India awal pagi Sabtu.
Kejadian kira-kira jam 2.17 pagi itu menyebabkan lima gerabak tergelincir namun tiada penumpang cedera.
Perlanggaran berlaku apabila sekumpulan gajah tiba-tiba melintas landasan dan kereta api gagal berhenti tepat pada masanya.
Pihak berkuasa memaklumkan kawasan kejadian bukan zon laluan gajah yang ditetapkan.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 186 gajah mati akibat perlanggaran tren antara 2010 hingga 2024.




