Turunkan kadar tol lebih realistik berbanding pemansuhan – Menteri

Langkah menurunkan kadar tol disifatkan lebih praktikal berbanding pemansuhan sepenuhnya, terutamanya bagi lebuh raya yang syarikat konsesinya telah mencapai tempoh pulangan pelaburan (ROI).
Menurut Menteri Kerja Raja, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pendekatan itu dilihat lebih realistik dalam usaha mengurangkan beban rakyat tanpa menjejaskan keperluan penyelenggaraan infrastruktur yang memerlukan dana besar daripada kerajaan.
Meskipun pemansuhan tol sering menjadi tumpuan, keutamaan kini diberi kepada kaedah yang tidak membebankan kewangan negara.
Ia apatah lagi dana tersebut boleh disalurkan kepada pembangunan di kawasan yang tidak memiliki akses lebuh raya seperti di Sabah, Sarawak dan pedalaman Semenanjung.
Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan mulut Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Besut- PN) yang meminta Menteri Kerja Raya menjelaskan janji manifesto komponen Kerajaan Perpaduan khususnya pemansuhan tol.




