Malaysia

‘Ulat’ minta RM60 hantar penumpang dari KLIA2 ke KLIA1 ditahan JPJ

Seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa haram di KLIA2 ditahan selepas intipan dilakukan oleh anggota penguat kuasa JPJ di terminal berkenaan.

JPJ Selangor menerusi satu kenyataan media memaklumkan, sebuah Perodua Bezza yang dipandunya disita untuk siasatan.

Hasil pemantauan mendapati suspek cuba memujuk dua penumpang warga tempatan untuk menaiki keretanya dari KLIA2 ke KLIA1 dengan bayaran RM60, yang diminta untuk dibayar sebaik tiba di destinasi.

JPJ memaklumkan suspek kini disiasat di bawah Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000, penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Individu yang bersubahat turut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 243(1) akta sama.

JPJ turut menasihati orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan sah melalui kaunter rasmi di KLIA1 dan KLIA2 atau menempah melalui aplikasi e-hailing bagi mengelakkan penipuan dan risiko keselamatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker