Malaysia

UM kekal universiti terbaik Malaysia untuk tahun ketiga

Universiti Malaya (UM) sekali lagi muncul sebagai universiti paling mampan di Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut dalam QS World University Rankings: Sustainability 2026.

Di peringkat global, UM berada pada kedudukan ke-166 daripada 2,001 institusi, menempatkannya dalam kelompok 9% teratas dunia dan ke-16 terbaik di Asia.

UM meraih skor keseluruhan 85.4, didorong komitmen terhadap kelestarian dalam penyelidikan, pengajaran, tadbir urus dan penglibatan komuniti.

Universiti itu turut menunjukkan prestasi kukuh dalam kategori kesan sosial, berada di tempat ke-10 di Asia dan ke-163 global, dengan pencapaian tinggi dalam pertukaran pengetahuan serta kebolehgajian graduan.

Dalam kesan alam sekitar, UM berada pada kedudukan ke-177 global dan ke-35 Asia, selain mengekalkan status universiti terbaik negara dalam aspek tadbir urus.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker