Underwater buka ‘flagship store’ pertama di Hextar World

53 jenama eksklusif kini di bawah ABC, pembukaan stor Underwater terus kukuhkan dominasi dalam pasaran kecantikan
Flagship store pertama Underwater di Hextar World, Empire City yang dirasmikan empat hari lalu menjadi tumpuan dengan penampilan 53 jenama eksklusif dalam rangkaian terbaharu mereka.
Peluasan portfolio Asian Beauty Corner (ABC) yang kini merangkumi jenama popular seperti Newmix, Delight Project, Laundryou dan I’m From.
Dengan pertambahan ini, ABC mencatatkan prestasi kukuh sehingga mencapai RM70 juta hasil jualan.
Mulai 2025, ABC bakal memperkenalkan divisyen baharu, Luv Scents, khusus membawa rangkaian haruman Korea ke pasaran tempatan.
Syarikat itu juga dipilih secara eksklusif oleh Olive Young, peruncit kecantikan terbesar Korea, untuk membawa lebih banyak jenama ke Malaysia, satu pengiktirafan besar terhadap keupayaannya.
Dengan fokus kepada inovasi gaya hidup dan kecantikan, termasuk perancangan produk kesihatan pada masa hadapan, ABC terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju runcit kecantikan moden di rantau ini.



