Malaysia

Urusan jual beli kereta punca enam lelaki bergaduh di Jelutong, kesemua ditahan polis

Enam lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 28 tahun ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Jalan Lenggong, Jelutong pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam sekitar jam 7.45 malam dan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam.

Siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada pertikaian urusan jual beli sebuah kereta antara dua pihak.

Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Empat suspek direman selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Disember, manakala dua lagi direman sehari sehingga Selasa.

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman video atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker