Video tular anggota polis beli nasi kandar ‘drive-thru’ disiasat

Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh membuka siasatan berhubung rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) milik pasukan itu berhenti mengambil bungkusan di sebuah restoran mamak.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor, memaklumkan video berdurasi 12 saat yang dikesan di media sosial sekitar 7.50 malam itu memaparkan seorang pekerja restoran menyerahkan dua bungkusan plastik putih kepada pemandu MPV berkod SL198 di kawasan deretan kedai dalam daerah berkenaan.
Beliau mengesahkan kenderaan terbabit milik IPD Sungai Buloh dan siasatan terperinci sedang dijalankan, dengan tindakan tegas akan diambil jika terdapat anggota atau pegawai yang terlibat dalam sebarang salah laku.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan imej pasukan polis.




