Malaysia
Wan Ahmad Fayhsal setia bersama PAS dan PN, tolak pelawaan sertai kerajaan

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menegaskan akan terus bersama PAS dan Perikatan Nasional (PN) meskipun digantung keahlian oleh Bersatu selama satu penggal.
Beliau mendedahkan telah menerima pelawaan daripada Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer untuk menyertai Pakatan Harapan (PH), DAP namun menolak tawaran tersebut kerana komited terhadap mandat pengundi Machang serta perjuangan PAS dan PN.
Wan Ahmad Fayhsal turut mendedahkan pernah ditawarkan RM5 juta dua tahun lalu untuk meninggalkan parti, tetapi menolak atas dasar prinsip.
Pada Isnin, Bersatu menggantung hak keahliannya di bawah Fasal 22.5 untuk tempoh satu penggal. Namun, tindakan itu tidak menjejaskan pendiriannya untuk kekal bersama blok pembangkang.




