Malaysia

Lagi kes rogol dan rakam di kelas, kali ini melibatkan sekolah di Baling

Polis menahan empat remaja lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rogol beramai-ramai ke atas seorang pelajar perempuan.

Tiga daripadanya merupakan pelajar lelaki sebuah sekolah di daerah ini sementara seorang lagi bekas pelajar sekolah sama.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, bapa mangsa telah membuat laporan pada Ahad lalu selepas dimaklumkan guru disiplin berkaitan penularan rakaman video anaknya berbogel tular di media sosial.

Polis telah menyiasat dan membuat tangkapan ke atas tiga pelajar sekolah berkenaan serta seorang lagi bekas pelajar sekolah sama, ditahan pada jam 9.30 malam Ahad lalu.

Hasil siasatan lanjut mendapati, empat suspek terbabit didapati melakukan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi di dalam kelas di sekolah berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan menghantar pornografi kanak-kanak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker