Malaysia
Wan Saiful tarik balik rayuan dipecat daripada Bersatu

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menarik balik rayuan terhadap pemecatannya daripada Bersatu, beberapa hari selepas menyatakan hasrat untuk mencabar keputusan itu.
Beliau memaklumkan perkara tersebut menerusi surat kepada Lembaga Rayuan semalam.
Pada Oktober lalu, Wan Saiful dipecat atas alasan melanggar perlembagaan dan kod etika parti.
Dalam surat berkenaan, beliau merakamkan penghargaan kepada Lembaga Rayuan yang disifatkan profesional dan telus, namun mengkritik tindakan Lembaga Disiplin.
Wan Saiful turut mendakwa Bersatu tidak mempunyai masa depan di bawah kepimpinan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menurutnya membiarkan parti dikuasai Setiausaha Agung Azmin Ali.




