Wanita 21 tahun dera anak hingga cedera dekat rumah di Sentul ditahan polis

Polis menahan seorang wanita berusia 21 tahun kerana disyaki mendera anak perempuan kandungnya berusia lima tahun hingga mengalami kecederaan serius di sebuah rumah di Sentul, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan penahanan dibuat pada Jumaat lalu selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Mangsa diselamatkan dan segera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.
Hasil pemeriksaan perubatan mendapati kanak-kanak itu mengalami lebam di kepala, telinga, mata dan seluruh badan, selain kecederaan pada tangan dan kaki, kehilangan gigi hadapan serta luka di kedua-dua paha.
Suspek kini direman hingga 8 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.



