Trump berkemungkinan serang Venezuela sekali lagi

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa serangan ketenteraan kedua ke atas Venezuela berkemungkinan berlaku.
Ini jika baki kepimpinan negara itu gagal memberi kerjasama kepada usaha Washington untuk mengawal keadaan negara berkenaan.
Trump berkata tindakan lanjut boleh diambil susulan penahanan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, yang kini ditahan di New York atas tuduhan berkaitan dadah.
Pentadbiran AS dilaporkan mahu bekerjasama dengan baki anggota kerajaan Venezuela bagi membanteras pengedaran dadah dan menyusun semula industri minyak, tanpa memberi keutamaan kepada pilihan raya segera.
Kenyataan itu turut mencetuskan kebimbangan kemungkinan campur tangan ketenteraan AS di negara Amerika Latin lain, termasuk Colombia dan Mexico, jika aliran dadah ke AS gagal dikekang.




